nuffnang ad

Friday, September 24, 2021

Bunga kertas ( Bougainvillea spp. )

             Pokok bunga kertas ialah antara pokok hiasan yang popular ditanam di kawasan yang panas dan terdedah kepada cahaya matahari. Bougaivillea spp. merupakan ahli famili Nyctaginaceae yang berasal dari Amerika Selatan, Brazil dan Malaysia.

             Walaupun bunganya kelihatan tidak begitu unik  , tetapi bagi peminat tegar BK ( panggilan ringkas ), bunga kertas mempunyai pelbagai warna, corak, bentuk dan saiz bunga serta daunnya. Nama biasa BK juga mungkin berbeza mengikut tempat.

             Pokok bunga kertas boleh dibiakkan dengan keratan dahan sederhana keras atau dengan kaedah tut. Sesetengah pokok juga boleh menghasilkan  biji benih . Pokok yang dihasilkan dari biji benih ini mungkin menghasilkan variasi baharu dengan ciri-ciri yang berbeza daripada induknya. Bagi pencinta BK yang lebih kreatif , kaedah cantuman pucuk digunakan untuk menghasilkan satu pokok bunga kertas dengan bunga yang berbagai warna.

             Pokok bunga kertas biasanya menghasilkan bunga yang banyak dan meriah jika cuaca panas dan pancaran matahari yang penuh. Pembajaan dengan baja bunga setiap dua minggu membantu penghasilan bunga yang berterusan. Pokok BK biasanya berbunga apabila mengalami stress akibat kekurangan air pada cuaca panas. Oleh itu pengawalan siraman air dapat membantu mencetuskan pembungaan.

             Selepas setiap kali pembungaan , cantasan dibuat untuk memberi bentuk kepada pokok serta mengawal pertumbuhannya. Cantasan ini juga dapat menggalakkan pembungaan seterusnya. Kemahiran mencantas dan membentuk pokok BK ini akan menghasilkan bongsai yang cantik dan bernilai tinggi. Pokok BK yang tua akan mempunyai bahagian batang, banir dan akar yang boleh menghasilkan bongsai yang menarik dan berkualiti.


No comments:

Post a Comment