Friday, December 21, 2012

Lumut ( Moss )


Lumut ialah tumbuhan hijau yang kecil dari Famili Bryophyta. Tumbuhan lumut tidak berbunga dan membiak dengan cara menghasilkan spora.

 Lumut tumbuh secara berkelompok di tempat-tempat lembab seperti pada batu, tanah dan pada pokok. Anda boleh menggunakan lumut untuk menghias pasu pokok bongsai.

Sunday, July 08, 2012

Pertandingan-pertandingan di Festival Flora Kelantan 2012

Pertandingan Landskap



Pertandingan Bunga Kertas


Johan Kategori Daun Batik ( variegated )


Tempat Kedua Kategori Daun Batik


Tempat Ketiga Kategori Daun Batik



Pertandingan Bunga Aromatik




Pertandingan Gubahan Bunga 

Gubahan Bunga Hiasan





Gubahan Bunga Hidup





Gubahan Sayur-sayuran dan Buah-buahan




Tahniah kepada pemenang-pemenang yang berjaya....





Friday, July 06, 2012

Festival Flora Kelantan 2012


Festival Flora Kelantan 2012 diadakan di Taman Orkid Tengku Anis, Jalan Pak Nik Lah, Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012. Tema Festival ini ialah " Orkid : Anggun Mempesona ". Festival ini bermula pada 4 Julai dan akan berakhir pada 10 Julai 2012, dibuka bermula 10.00 pagi hingga 11.00 malam.

Di antara  aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa festival ini ialah :

  • Pertandingan Orkid
  • Pertandingan Bongsai dan Gubahan
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Fotografi dan Memancing
  • Pertandingan Bunga Kertas dan Bunga Aromatik
  • Gerai Nurseri/ Landskap dan Jualan
  • Gerai Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta
  • Persembahan Kebudayaan
Antara foto-foto yang sempat dirakam......

Orkid dalam landskap



Pertandingan Landskap




Pertandingan Bongsai 



Bongsai untuk dijual



Demonstrasi Tanaman Hiasan



Jualan Hiasan Taman Mini



Macam-macam Cili



Keluarga Kaktus



Ini bukan Apam Polkadot atau Apam Angry Bird, ini kaktus yang enak dipandang... :)


Sunday, December 11, 2011

Nenas ( Ananas comosus )

Nenas atau nanas ( pineapple ) merupakan ahli Famili Bromeliaceae yang berasal dari Amerika Selatan. Nenas adalah di antara pokok buah-buahan yang paling senang untuk ditanam. Jika anda membeli sebiji nenas yang sedap dan manis rasanya, ambil 'jambul'nya dan tanamlah di halaman rumah. Jika jambul nenas tu dah menghasilkan buah nenas nanti, jangan lupa untuk menanam 'jambul'nya pula.

Bunga nenas


Macam-macam cara nak makan nenas ni. Nenas muda boleh dicecah cuka yang ditambah garam, gula, cili padi dan belacan atau dimasak gulai kuning ikan kering. Nenas yang dah masak boleh dimakan begitu saja, ditambah dalam ulaman laksa Penang, dibuat acar/jelatah, dibuat rojak buah, dibuat paceri nenas, jus nenas, jem nenas dan tart nenas. Ada juga nenas yang dikeringkan, dijadikan kerepek yang masam-masam manis rasanya.

Mangga Telur ( Mangifera sp. )


Mangga ( Mangifera ) adalah dari famili Anacardiaceae. Mangga telur ialah antara spesies mangga dengan buah bersaiz kecil. Saya memilih pokok mangga telur sebagai tanaman buah-buahan di halaman rumah kerana kepelbagaian cara nak memakannya. Semasa buahnya masih muda ( putik ) , ianya boleh dibuat jeruk , dicecah kicap yang ditambah garam, gula dan cili padi/lada burung , dibuat rojak buah , dibuat sambal ( orang Kelantan sebut sambal pauh ) atau kerabu ikan bilis pauh. Meleleh air liurr.....

Kalau buahnya dah masak, ~ boleh dimakan begitu saja~ atau boleh dibuat jus mangga.


Bunga mangga

Thursday, April 21, 2011

Cassia fistula (Golden Shower Tree)




Pokok Cassia fistula dari famili Leguminosae , juga dikenali sebagai Golden Shower Tree, Golden Shower Cassia, Indian laburnum, pokok Bereksa atau Kayu Raja.

Biasa ditanam sebagai pokok hiasan di taman-taman atau di tepi-tepi jalan. Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan jambak bunga berjuntaian berwarna kuning yang begitu menawan hati.

Friday, March 25, 2011

Koleksi Orkid








Ini antara pokok-pokok orkidku yang rajin berbunga..