nuffnang ad

Sunday, December 11, 2011

Nenas ( Ananas comosus )

Nenas atau nanas ( pineapple ) merupakan ahli Famili Bromeliaceae yang berasal dari Amerika Selatan. Nenas adalah di antara pokok buah-buahan yang paling senang untuk ditanam. Jika anda membeli sebiji nenas yang sedap dan manis rasanya, ambil 'jambul'nya dan tanamlah di halaman rumah. Jika jambul nenas tu dah menghasilkan buah nenas nanti, jangan lupa untuk menanam 'jambul'nya pula.
Bunga nenas
Macam-macam cara nak makan nenas ni. Nenas muda boleh dicecah cuka yang ditambah garam, gula, cili padi dan belacan atau dimasak gulai kuning ikan kering. Nenas yang dah masak boleh dimakan begitu saja, ditambah dalam ulaman laksa Penang, dibuat acar/jelatah, dibuat rojak buah, dibuat paceri nenas, jus nenas, jem nenas dan tart nenas. Ada juga nenas yang dikeringkan, dijadikan kerepek yang masam-masam manis rasanya.

Mangga Telur ( Mangifera sp. )

Mangga ( Mangifera ) adalah dari famili Anacardiaceae. Mangga telur ialah antara spesies mangga dengan buah bersaiz kecil. Saya memilih pokok mangga telur sebagai tanaman buah-buahan di halaman rumah kerana kepelbagaian cara nak memakannya. Semasa buahnya masih muda ( putik ) , ianya boleh dibuat jeruk , dicecah kicap yang ditambah garam, gula dan cili padi/lada burung , dibuat rojak buah , dibuat sambal ( orang Kelantan sebut sambal pauh ) atau kerabu ikan bilis pauh. Meleleh air liurr..... Kalau buahnya dah masak, ~ boleh dimakan begitu saja~ atau boleh dibuat jus mangga.
Bunga mangga

Thursday, April 21, 2011

Cassia fistula (Golden Shower Tree)




Pokok Cassia fistula dari famili Leguminosae , juga dikenali sebagai Golden Shower Tree, Golden Shower Cassia, Indian laburnum, pokok Bereksa atau Kayu Raja.

Biasa ditanam sebagai pokok hiasan di taman-taman atau di tepi-tepi jalan. Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan jambak bunga berjuntaian berwarna kuning yang begitu menawan hati.

Friday, March 25, 2011

Koleksi Orkid








Ini antara pokok-pokok orkidku yang rajin berbunga..