nuffnang ad

Saturday, July 03, 2010

Cara untuk Tut Pokok ( Air Layering or Marcotting )



Pokok bunga jenis berkayu seperti kenanga dan cempaka serta pokok buah-buahan seperti limau, dokong dan jambu boleh dibiakkan dengan kaedah tut pada dahan matang pokok tersebut.

Di sini ditunjukkan cara-cara untuk Tut pokok bunga kenanga ( Canangium odorata atau Ylang-ylang ).


Sediakan satu gumpalan tanah kebun yang dilembabkan dengan air, satu keping plastik untuk membungkus dan dua utas tali rafia untuk mengikat.


Pilih dahan yang telah matang yang sesuai untuk ditut.


Buat dua gelangan pada dahan tersebut menggunakan pisau yang tajam dan bersih. Pastikan anda tidak membuat gelangan pada bahagian dahan yang mempunyai tunas. Buang kulit dahan di antara gelangan tadi. Kikis perlahan-lahan permukaan kayu di antara gelangan tadi untuk membuang sisa-sisa kulit dahan. Biarkan beberapa minit untuk mengeringkan permukaan kayu tadi.


Letakkan gumpalan tanah yang lembab pada dahan yang telah dibuang kulit luarnya dan bungkus tanah tadi mengelilinginya. Saiz gumpalan tanah bergantung kepada saiz dahan pokok. Balut plastik pembungkus pada dahan pokok dan ikat bahagian atas dan bawah gumpalan tanah tadi dengan tali rafia.


Gambar menunjukkan dahan pokok bunga kenanga yang sudah siap ditut.


Akar akan tumbuh dalam gumpalan tanah dalam masa 2-3 minggu atau 1-3 bulan bergantung kepada jenis pokok dan saiz pokok. Akar boleh dilihat atau dirasa dengan jari pada bungkusan plastik. Pastikan akar sudah banyak dan matang ( warna keperangan ) sebelum anda memotong anak pokok dari dahan pokok induk.

Anak pokok dipindahkan ke dalam polibeg dan letakkan ditempat teduh selama dua minggu. Buang daun-daun yang matang dan tua untuk membantu pokok memulakan pertumbuhan dengan akar yang baru. Pertumbuhan anak pokok yang baik boleh dilihat dengan penghasilan pucuk-pucuk yang baru. Selamat Mencuba. :)

9 comments:

  1. Nak tanya ckit, tak perlu letak penggalak akar ek?

    ReplyDelete
  2. rasanya boleh sapukan serbuk penggalak akar sebelum di balut dgn tanah tu, betul tak ?... meskipun cara tut nie ringkas, tp di terangkan dgn cara yg lengkap... TQ. Pernah singgah di satu blog mengenai kaedah ini, tp cara yg di tunjukkan tak berapa jelas... bila minta di terangkan dgn jelas, admin nya mcm nak tak nak jer terang kan, mcm org kedekut ilmu... ilmu tu untuk di kongsi, baru berkat... kan...

    ReplyDelete
  3. many thanks to you...more helped...

    ReplyDelete
  4. boleh tunjukkan cara utk tut rambutan,petai,langsat,manggis dan limau?

    ReplyDelete
  5. Very good and detailed explanation. Thank you! Keep it up. From Mark

    ReplyDelete
  6. Allah sja mampu membalas ilmu yg di beri..insyaallah sya akan mencubanya.
    Q

    ReplyDelete
  7. Perlu ke siram air setiap hari?

    ReplyDelete