Bunga kantan (
Etlingera elatior ) dari famili Zingiberaceae ialah di antara bunga yang popular dalam resepi masakan Melayu. Bunga kantan digunakan dalam masakan laksa asam , asam pedas dan sebagai ulam dalam nasi kerabu dan nasi ulam.
Selain daripada menjadi ramuan utama masakan bunga kantan juga dijadikan bunga gubahan yang semakin mendapat tempat di majlis-majlis dan di hotel-hotel.