nuffnang ad

Friday, September 24, 2021

Bunga kertas ( Bougainvillea spp. )

             Pokok bunga kertas ialah antara pokok hiasan yang popular ditanam di kawasan yang panas dan terdedah kepada cahaya matahari. Bougaivillea spp. merupakan ahli famili Nyctaginaceae yang berasal dari Amerika Selatan, Brazil dan Malaysia.

             Walaupun bunganya kelihatan tidak begitu unik  , tetapi bagi peminat tegar BK ( panggilan ringkas ), bunga kertas mempunyai pelbagai warna, corak, bentuk dan saiz bunga serta daunnya. Nama biasa BK juga mungkin berbeza mengikut tempat.

             Pokok bunga kertas boleh dibiakkan dengan keratan dahan sederhana keras atau dengan kaedah tut. Sesetengah pokok juga boleh menghasilkan  biji benih . Pokok yang dihasilkan dari biji benih ini mungkin menghasilkan variasi baharu dengan ciri-ciri yang berbeza daripada induknya. Bagi pencinta BK yang lebih kreatif , kaedah cantuman pucuk digunakan untuk menghasilkan satu pokok bunga kertas dengan bunga yang berbagai warna.

             Pokok bunga kertas biasanya menghasilkan bunga yang banyak dan meriah jika cuaca panas dan pancaran matahari yang penuh. Pembajaan dengan baja bunga setiap dua minggu membantu penghasilan bunga yang berterusan. Pokok BK biasanya berbunga apabila mengalami stress akibat kekurangan air pada cuaca panas. Oleh itu pengawalan siraman air dapat membantu mencetuskan pembungaan.

             Selepas setiap kali pembungaan , cantasan dibuat untuk memberi bentuk kepada pokok serta mengawal pertumbuhannya. Cantasan ini juga dapat menggalakkan pembungaan seterusnya. Kemahiran mencantas dan membentuk pokok BK ini akan menghasilkan bongsai yang cantik dan bernilai tinggi. Pokok BK yang tua akan mempunyai bahagian batang, banir dan akar yang boleh menghasilkan bongsai yang menarik dan berkualiti.


Wednesday, November 27, 2013

Machang / Bacang ( Mangifera foetida )



Mangifera foetida ialah nama saintifik bagi pokok machang atau bacang atau embacang . Pokok machang termasuk dalam Famili Anacardiaceae.

Buah machang yang masak berbau harum manis. Selain daripada 'enak dimakan begitu saja' , buah machang juga boleh dibuat sambal belacan buah machang atau kerabu buah machang. Orang Machang , Kelantan pastinya kenal buah ni..


Tuesday, November 12, 2013

Paku Langsuyar / Bird Nest Fern ( Asplenium nidus )



 

           Paku langsuyar juga dikenali sebagai paku langsuir atau 'bird nest fern'. Nama spesisnya ialah Asplenium nidus dari Famili Aspleniceae. Tumbuhan ini merupakan paku pakis epifit yang biasanya hidup menumpang pada pokok lain. Biasa dijumpai tumbuh pada dahan pokok-pokok besar atau pohon-pohon kelapa sawit. Paku langsuyar kini menjadi sebahagian hiasan landskap dan taman-taman serta balkoni kediaman.

           Paku langsuyar di dalam gambar di atas , saya ambil dari anak pokok yang tumbuh di celah-celah pelepah pokok salak di rumah ibu saya. Anak pokok itu saya letakkan di dalam sabut separuh biji kelapa dan sabut itu saya letakkan di dalam pasu yang berisi tanah kebun. Sabut kelapa itu membantu menyerap dan menyimpan air untuk kegunaan pokok paku ini. Pokok ini perlu diletakkan di tempat teduh. Jika diletakkan di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari yang terik, tumbesarannya agak terbantut, daunnya kelihatan kekuningan dan terdapat tompok-tompok perang pada daun.

Paku ' Sarang burung '

            Daun-daunnya yang berbentuk sarang burung ini menadah air hujan dengan cekap dan memerangkap daun-daun yang akhirnya mereput menjadi humus dan membekalkan mineral untuk pokok.

Pucuk Paku Langsuyar


Corak spora pada belakang daun

             Pokok ini membiak menggunakan spora yang terhasil pada bahagian belakang daun. Sporanya yang halus disebarkan oleh angin ke tempat lain yang mungkin sesuai untuk bercambah dan membentuk anak pokok. 


              Saya dapati anak-anak pokok paku langsuyar ini tumbuh pada sabut kelapa yang terdapat dalam pasu orkid yang saya gantung pada pokok yang berdekatan. Minggu lepas saya telah pindahkan anak-anak pokok ini ke dalam bekas-bekas plastik yang berisi serat yang diambil dari celah pelepah pokok kelapa dan dicampurkan dengan tanah subur yang dibeli dari nurseri. Harap-harap berjayalah saya membiakkan lebih banyak pokok ni.


Anak-anak pokok paku langsuyar

             Saya bercadang untuk membiakkan pokok ini dengan meletakkan keratan daun-daun tua yang mempunyai spora yang matang di dalam sabut dari separuh biji kelapa. Sabut ini saya akan biarkan ditempat yang teduh dan dibiarkan sentiasa lembap. Mungkin anda juga boleh mencuba cadangan kaedah saya ini. Good Luck ! 

Friday, December 21, 2012

Lumut ( Moss )


Lumut ialah tumbuhan hijau yang kecil dari Famili Bryophyta. Tumbuhan lumut tidak berbunga dan membiak dengan cara menghasilkan spora.

 Lumut tumbuh secara berkelompok di tempat-tempat lembab seperti pada batu, tanah dan pada pokok. Anda boleh menggunakan lumut untuk menghias pasu pokok bongsai.

Sunday, July 08, 2012

Pertandingan-pertandingan di Festival Flora Kelantan 2012

Pertandingan Landskap



Pertandingan Bunga Kertas


Johan Kategori Daun Batik ( variegated )


Tempat Kedua Kategori Daun Batik


Tempat Ketiga Kategori Daun Batik



Pertandingan Bunga Aromatik




Pertandingan Gubahan Bunga 

Gubahan Bunga Hiasan





Gubahan Bunga Hidup





Gubahan Sayur-sayuran dan Buah-buahan




Tahniah kepada pemenang-pemenang yang berjaya....





Friday, July 06, 2012

Festival Flora Kelantan 2012


Festival Flora Kelantan 2012 diadakan di Taman Orkid Tengku Anis, Jalan Pak Nik Lah, Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012. Tema Festival ini ialah " Orkid : Anggun Mempesona ". Festival ini bermula pada 4 Julai dan akan berakhir pada 10 Julai 2012, dibuka bermula 10.00 pagi hingga 11.00 malam.

Di antara  aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa festival ini ialah :

  • Pertandingan Orkid
  • Pertandingan Bongsai dan Gubahan
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Fotografi dan Memancing
  • Pertandingan Bunga Kertas dan Bunga Aromatik
  • Gerai Nurseri/ Landskap dan Jualan
  • Gerai Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta
  • Persembahan Kebudayaan
Antara foto-foto yang sempat dirakam......

Orkid dalam landskap



Pertandingan Landskap




Pertandingan Bongsai 



Bongsai untuk dijual



Demonstrasi Tanaman Hiasan



Jualan Hiasan Taman Mini



Macam-macam Cili



Keluarga Kaktus



Ini bukan Apam Polkadot atau Apam Angry Bird, ini kaktus yang enak dipandang... :)


Sunday, December 11, 2011

Nenas ( Ananas comosus )

Nenas atau nanas ( pineapple ) merupakan ahli Famili Bromeliaceae yang berasal dari Amerika Selatan. Nenas adalah di antara pokok buah-buahan yang paling senang untuk ditanam. Jika anda membeli sebiji nenas yang sedap dan manis rasanya, ambil 'jambul'nya dan tanamlah di halaman rumah. Jika jambul nenas tu dah menghasilkan buah nenas nanti, jangan lupa untuk menanam 'jambul'nya pula.
Bunga nenas
Macam-macam cara nak makan nenas ni. Nenas muda boleh dicecah cuka yang ditambah garam, gula, cili padi dan belacan atau dimasak gulai kuning ikan kering. Nenas yang dah masak boleh dimakan begitu saja, ditambah dalam ulaman laksa Penang, dibuat acar/jelatah, dibuat rojak buah, dibuat paceri nenas, jus nenas, jem nenas dan tart nenas. Ada juga nenas yang dikeringkan, dijadikan kerepek yang masam-masam manis rasanya.